Friday, July 19, 2013

P E R E M P U A N






"Ala... period pulak... kan dah tak dapat nak iktikaf" 
"Ruginyaa...... kenapa lah datang sekarang ni? tak boleh lambat lagi ke?"

.. wanita, pernah terdetik sebegini? :)

------------------------------

Ada satu hari dalam salah satu kuliah pagi pada minggu lalu diadakan sesi soal jawab bersama ustaz. dan ustaz yang megajar kami pada hari itu adalah Ustaz Kamal Ashaari.

Dalam banyak-banyak soalan, ada satu soalan yang berkait dengan perubatan moden, satu keadaan tidak pernah terlintas dalam hati saya sebagai seorang perempuan, untuk melakukan yang sedemikian. Soalannya mudah:

"Bolehkah kita perempuan mengambil pil tahan haid pada Bulan Ramadhan kerana ingin puasa penuh dan mengaut ganjaran Ramdhan?"

Tu dia aiihh... dalam hati terdetik. tapi betul jugak kan, boleh ke ye?

Ustaz Kamal Ashaari memberi jawapan bijak, tidak terus menetapkan hukum sah, haram, boleh, tak boleh, sebaliknya memberikan satu statement yang berbaur "lu pikir lah sendiri".

"Kita ni selalu fikir lebih banyak kita beramal, lebih elok.
Sedangkan yang lebih baik adalah bila kita buat sebagaimana yang Allah suruh kita buat".

:)

----------------------------------------

Keesokannya hari pula semasa di Forum, soalan yang sama diajukan kepada Syeikh Nuruddin Marbi Al-Banjari. Dan Syeikh juga menjawab dengan bijak:

"..... Dibolehkan untuk seorang perempuan itu untuk mengambil sebarang jenis ubat untuk menahan haidnya, namun dengan dua syarat, yakni mestilah mndapat keizinan dari suami, dan pasti bahawa ubat itu tidak membawa mudarat kepada diri sedikit pun. Tetapi.... sejauh mana kita dapat kepastian bahawa ia tidak akan memudaratkan diri?"

Taktik menyatakan BOLEH terlebih dahulu bagi memancing penerimaan pendengar, kemudian itu baru dibentangkan penerangan akan kesimpulan yang ingin disampaikan. hehe.. bijak, bijak. :)

".... Seseorang itu pada masa uzurnya walaupun terhalang daripada melakukan pelbagai kebaikan, Kebaikannya tetap akan setanding dengan pahala pada waktu ia bersih.."

"...Tidak ada apa yang lebih baik melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kita. Saya tidak sarankan. Terimalah sahaja.."


sekali lagi, kenyataan yang ala-ala "lu pikir lah sendiri.." :)
-----------------------------------

Soalan yang sama, didengar dua hari berturut, dan mendengar cara jawapan yang berhikmah dari kedua-dua yang menjawab.

...Tidak ada apa yang lebih baik melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kita. ingat tu! :)

Insya-Allah Peringatan buat diri, dalam pada kita tamak untuk beribadah, sesuatu ibadah itu harus dilandaskan dengan ilmu, bukan dengan keinginan(nafsu) semata-mata.


Allahu'Alam..

12:23
Shah Alam 

Malaysia