Friday, July 19, 2013

P E R E M P U A N






"Ala... period pulak... kan dah tak dapat nak iktikaf" 
"Ruginyaa...... kenapa lah datang sekarang ni? tak boleh lambat lagi ke?"

.. wanita, pernah terdetik sebegini? :)

------------------------------

Ada satu hari dalam salah satu kuliah pagi pada minggu lalu diadakan sesi soal jawab bersama ustaz. dan ustaz yang megajar kami pada hari itu adalah Ustaz Kamal Ashaari.

Dalam banyak-banyak soalan, ada satu soalan yang berkait dengan perubatan moden, satu keadaan tidak pernah terlintas dalam hati saya sebagai seorang perempuan, untuk melakukan yang sedemikian. Soalannya mudah:

"Bolehkah kita perempuan mengambil pil tahan haid pada Bulan Ramadhan kerana ingin puasa penuh dan mengaut ganjaran Ramdhan?"

Tu dia aiihh... dalam hati terdetik. tapi betul jugak kan, boleh ke ye?

Ustaz Kamal Ashaari memberi jawapan bijak, tidak terus menetapkan hukum sah, haram, boleh, tak boleh, sebaliknya memberikan satu statement yang berbaur "lu pikir lah sendiri".

"Kita ni selalu fikir lebih banyak kita beramal, lebih elok.
Sedangkan yang lebih baik adalah bila kita buat sebagaimana yang Allah suruh kita buat".

:)

----------------------------------------

Keesokannya hari pula semasa di Forum, soalan yang sama diajukan kepada Syeikh Nuruddin Marbi Al-Banjari. Dan Syeikh juga menjawab dengan bijak:

"..... Dibolehkan untuk seorang perempuan itu untuk mengambil sebarang jenis ubat untuk menahan haidnya, namun dengan dua syarat, yakni mestilah mndapat keizinan dari suami, dan pasti bahawa ubat itu tidak membawa mudarat kepada diri sedikit pun. Tetapi.... sejauh mana kita dapat kepastian bahawa ia tidak akan memudaratkan diri?"

Taktik menyatakan BOLEH terlebih dahulu bagi memancing penerimaan pendengar, kemudian itu baru dibentangkan penerangan akan kesimpulan yang ingin disampaikan. hehe.. bijak, bijak. :)

".... Seseorang itu pada masa uzurnya walaupun terhalang daripada melakukan pelbagai kebaikan, Kebaikannya tetap akan setanding dengan pahala pada waktu ia bersih.."

"...Tidak ada apa yang lebih baik melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kita. Saya tidak sarankan. Terimalah sahaja.."


sekali lagi, kenyataan yang ala-ala "lu pikir lah sendiri.." :)
-----------------------------------

Soalan yang sama, didengar dua hari berturut, dan mendengar cara jawapan yang berhikmah dari kedua-dua yang menjawab.

...Tidak ada apa yang lebih baik melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kita. ingat tu! :)

Insya-Allah Peringatan buat diri, dalam pada kita tamak untuk beribadah, sesuatu ibadah itu harus dilandaskan dengan ilmu, bukan dengan keinginan(nafsu) semata-mata.


Allahu'Alam..

12:23
Shah Alam 

Malaysia

Wednesday, July 17, 2013

HIJAB ITU MELINDUNGI & MEMULIAKAN DIRI




Ada sebagian yang terkesan meremehkan.
Bahwa wanita yang berhijab itu belum tentu baik kelakuannya.
Akan tetapi wanita yang baik iman sudah pasti berhijab bukan?
Ada juga yang terkesan menyepelekan.
Bahwa wanita yang menutup aurat belum tentu tak berbuat dosa.
Ada pula yang terkesan apatis.
Bahwa wanita berhijab itu bukan jaminan akan dekat dengan Allah.
Dan yang lebih parah ada pula yang berkata :
"LEBIH BAIK TIDAK BERHIJAB KALAU KELAKUAN MASIH PENUH MAKSIAT."

Itu adalah perkataan yang menyesatkan. Yang sudah seharusnya kita abaikan. Yang baik ditampakkan jelek. Yang jelek ditampakkan baik.

Ketahuilah.
Berhijab (menutup aurat) itu adalah bentuk ketaatan.
Minimal ia telah menggugurkan dosa kewajiban menutup aurat.
Wanita berhijab itu ingin mendekat kepada Allah.
Hijab itu adalah untuk memperjelas jati diri. Membedakan yang baik dan yang tidak baik. Melindungi kehormatan dan kemuliaan yang tak akan tergantikan. (QS. Al-Ahzab 59)
Hijabmu akan sangat menentukan pasangan hidupmu.
Karena wanita yang taat sangat berhak mendapatkan pendamping yang taat. Itu janji Allah dalam firmanNya.
Bukan hanya sekedar kata-kata manis tanpa makna.
Hijab itu adalah penjaga diri bagi godaan lelaki yang tidak taat. Dan wanita berhijab adalah Perhiasan Terindah bagi lelaki yang taat.

Mengapa harus berhijab?
Karena itu adalah perintahNya.
Karena itu akan melindungi wanita dari gangguan lelaki yang suka maksiat. Seperti yang ditegaskan dalam firmanNya.
Maka mulialah wanita berhijab di hadapan Allah.
Dan berbahagialah.

Semoga bermanfaat.

Saturday, July 13, 2013

PERUT vs IBADAT !

                           

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat. Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

Pertama: Hati menjadi keras
Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.

Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.


Ketiga: Melemahkan fikiran
Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.


Keempat: Mengurangkan ibadat
Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.


Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat
Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.


Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.


Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan
Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.


Kelapan: Bebanan urusan akhirat
Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.


Kesembilan: Kurangnya panjaran pahala di akhirat
Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.


Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar
Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

Bulan Ramadan mendidik umat Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan.

Amalan bersederhana ini akan menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.

Tuesday, July 9, 2013

RAMPASAN KUASA DI MESIR ADA KAITAN DENGAN LINGKARAN ULAR ZIONIS (ISRAEL RAYA)







Baca Hingga Habis, Fahami dan Share...
RAMPASAN KUASA DI MESIR ADA KAITAN DENGAN LINGKARAN ULAR ZIONIS (ISRAEL RAYA)Kepentingan Yahudi Zionis di Israel sentiasa dijaga oleh Amerika...malah Amerika akan memastikan sedaya upaya dan helahnya untuk menjaga kepentingan dan memastikan pembinaan Israel Raya (lingkaran ular zionis) akan berjalan dengan lancar.....

Lingkaran ular Zionis akan memastikan mereka akan memerintah dunia dengan apa cara sekalipun..mereka akan menakluki negara-negara Arab yang suatu masa dahulu menjadi tunjang kekuatan era khilafah Islamiyah yang hebat. Pastinya cita cita mereka ini akan mengorbankan jutaan nyawa umat Islam yang tak berdosa ...malah jutaan nyawa umat Islam yang tidak bersalah akan menjadi korban dengan menimbulkan kekacauan di negara-negara yang ingin mereka kuasai sebagaimana yang telah tercatat di dalam peta ular zionis mereka.

Kalau melihat kepada nafsu serakah Yahudi...mereka ingin menguasai negara yang menjadi tonggak kekuatan kepada khilafah Islamiyah suatu masa dahulu antaranya ialah...Jordan, Syria, Iraq, Turki, Mesir, Palestin, Kuwait dan yang terakhir Mekah dan Madinah.

Hanya setelah menguasai negara-negara ini sahajalah cita-cita yahudi zionis akan tercapai iaitu memerintah dunia...dan menghapuskan etnik yang dianggap rendah daripada mereka.

Kerana itu, Amerika sentiasa memberikan perlindungan dan bantuan kepada Zionis ini, gerakan zionis dunia sudah lama melantik dan mendidik anak-anak didik mereka dari golongan orang Islam yang boleh dirasuah dengan kemewahan dan keduniaan untuk menjadi agen mereka di negara2 yang dipimpin oleh orang Islam dan tali barut mrk inilah yg akan merosakkan Islam dari dalam.

Maka tidak hairanlah mereka yang bangun menentang Dr Morsi dan pemimpin tentera yang bangkit menentang Dr Morsi adalah golongan yang telah di gula-gulakan dengan slogan inginkan ekonomi yang baik...kemasyhuran dan kekayaan...kehidupan baru...serta kebendaan yang dapat membeli jiwa mereka.....tidak hairanlah kerana pegawai pemerintah tentera yang menggulingkan itu akan dilantik menjadi sang penguasa di Mesir...dan bakal kaya raya dengan harta rakyat.....zionis yahudi dan Amerika amat menyayangi manusia sebegini selagi ia dapat menjaga kepentingan Zionis Yahudi...sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Presiden Hosni Mubarak yang dahulunya pernah memegang jawatan Pegawai pemerintah tentera Udara..

Sesungguhnya pembentukan kerajaan Dr Morsi bersama Ikhwanul Muslimin di Mesir adalah tamparan hebat dan bala bagi Zionis kerana Mesir di bawah pemerintahan beliau dan ikhwan sudah tentu akan menjadi penghalang besar kepada pengwujudan Israel Raya dan negara haram Israel.

Sesungguhnya sejak setahun yang lalu Zionis Israel tidak lena tidur malam memikirkan ancaman yang boleh dilakukan oleh Dr Morsi dan Ikhwan bagi membebaskan bumi Palestin.

Sesungguhnya pemimpin Islam ala Yahudi sudah bersedia dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan perintah tuan mereka bagi memastikan negara Islam berpecah lemah dan sentiasa berada di bawah genggaman Yahudi.

Mujahideen di Afghanistan, Palestin, Syria, Mesir atau dimana sahaja negara yang berada di bawah lingkaran ular Zionis itu pasti akan ditentang habis2an oleh zionis yahudi dan amerika dan mereka akan dibantu oleh agen-agen mereka di negara Islam dari kalangan pemimpin Islam yang bersurat beranakkan Yahudi celup...yang menjadi gurkha Zionis menjatuhkan kerajaan Islam.

Ingatlah Firman Allah SWT:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu (umat Islam) mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Malangnya umat islam masih jahil serta lalai dengan isu pembinaan Israel raya dan lingkaran ular Israel.....tanpa mereka sedar satu demi satu negara Arab yang sudah dilemahkan oleh zionis israel yang bagaikan retak menanti belah.

# Solusinya Hanya JIHAD Fisabilillah dan Mati Syahid di jalan Allah sebagai tujuan kita.

Monday, July 8, 2013

Syaitan Mengejutnya Untuk Solat?

Satu hari, akibat keletihan yang amat sangatSyeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.
 
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing.
“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yang bersolat?” Tanya Sheikh
“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh.” Jawab syaitan.
 
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, “Kenapa?”
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan lain yang lebih banyak dan lebih serius.” Kata syaitan.
 
Tambah syaitan itu lagi..
“Kau akan bersedekah. Kau akan mengajar dengan lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawan aku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kau solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti.”
 
Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia juga arif tentang keutamaan amal.

solat3

BESARNYA FADHILAT DOA HAIKAL

this article is copied from : http://kitalah.forumotion.com/islam-f6/besarnye-fadhilat-doa-haikal-t708.htm

Assalamualaikum w.b.t,
Semoga sidang pembaca dirahmati Allah s.w.t. Tentu saudara sidang pembaca pernah mendengar sebuah doa yang dikenali dengan nama Doa Haikal. Doa Haikal itu sebenarnya sejenis doa yang menggabungkan beberapa ayat-ayat daripada Al-Quran seperti di bawah;

Haikal Pertama : Ayatul Kursi
Haikal Kedua : Ali Imraan Ayat 35 dan Al Israa' Ayat 77-80
Haikal Ketiga : Al Baqarah Ayat 285 - 286
Haikal keempat : Al Israa Ayat 81-85
Haikal kelima : Al Fath Ayat 27
Haikal keenam : Al Jin Ayat 1-4
Haikal ketujuh : Al Kalam Ayat 51-52

Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran itu dimulakan dengan frasa: U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil
'azhim yang bermaksud 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Mahabesar. Mengikut versi yang saya pelajari, ada penambahan dua doa haikal lagi sehingga menjadikannya 9 kesemuanya. 

Penambahan itu ialah; Haikal Kelapan : Surah Al-Falaq
Haikal Kesembilan: Surah An-Nas

Kedua-dua tambahan surah ini juga dimulakan dengan frasa : 
"U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim" selepas membaca Bismillah.

Doa Haikal ini merupakan sebuah doa yang amat ampuh sekali untuk kita amalkan kerana khasiatnya amat banyak. Bagi sesetengah individu mungkin merasa berat untuk menerima faedah dan khasiatnya yang dilihat terlampau banyak. Faktor ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan orang ramai untuk menerimanya. 

Ingin saya katakan di sini bahawa khasiat Doa Haikal yang begitu besar itu, pada pandangan kita memanglah besar, tetapi pada Allah s.w.t ia terlalu kecil sekali. Bukankah Allah s.w.t itu Maha Besar, tidak berkurang sedikitpun dari khazanah kekayaan-Nya jika diberikan khasiat itu kepada kita semua? Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Kaya lagi Maha Pemurah. IA berkenan untuk menganugerahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Jika Allah s.w.t boleh menjadikan ciptaan-Nya yang jauh lebih hebat seperti langit yang luas serta bertingkat-tingkat itu, inikan memberi
faedah dan khasiatnya yang jauh lebih kecil berbanding dengan ciptaan-ciptaanNya yang lain.

Memandangkan Doa Haikal ini amat besar fadhilatnya, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan sedikit pengalaman sebenar hamba Allah yang pernah mengamalkan Doa Haikal ini.

Kisah Pertama - Berlaku dalam sekitar tahun 70-an.


Seorang hamba Allah ini bekerja sebagai seorang Renjer di sebuah hutan tebal. Pada ketika itu, bekerja sebagai Renjer merupakan satu pekerjaan yang amat berbahaya kerana terpaksa berdepan dengan pengganas Komunis.

Pada suatu ketika, kem berkawal tempat hamba Allah ini bertugas telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Ketika itu jumlah renjer yang bertugas tidak ramai, jadi mereka dalam keadaan yang tersepit dan diasak dengan hebat oleh pengganas Komunis. Disebabkan keadaan yang begitu genting sekali, hamba Allah ini tidak putus-putus membaca Doa Haikal yang memang sudah menjadi amalan hariannya.

Di saat membaca doa tersebut untuk satu tempoh yang tertentu, tiba-tiba dia merasa
hairan kerana melihat pengganas Komunis tidak menembak ke dalam kem mereka, sebaliknya mereka telah menembak ke atas. Kesemua renjer yang bertugas menjadi tercengang melihat tingkah laku pengganas komunis yang menjerit-jerit ketakutan sambil menembak ke langit.

Sambil membaca Doa Haikal dalam keadaan terpinga-pinga, hamba Allah ini mendengar satu bunyi yang kuat terjatuh di atas bumbung kem yang terletak berhampiran dengannya. Alangkah terkejut dilihatnya, rupa-rupanya bunyi jatuh yang kuat itu datang dari seekor burung yang amat besar seakan-akan burung Garuda. Tatkala melihat burung garuda itu, hamba Allah ini terketar-ketar tidak dapat bergerak. Namun, yang anehnya, burung garuda itu tidakpun menyerangnya, sebaliknya burung garuda itu hanya merenung ke arahnya seolah-olah memberi isyarat bahawa tidak perlu takut
dengannya. Selepas beberapa saat selepas itu, burung garuda itu pun terus terbang meluru ke arah hutan tempat pengganas Komunis itu membuat serangan. Menurut hamba Allah ini lagi, burung garuda itu bukannya seekor, tetapi ada beberapa ekor yang lain lagi yang turut berlegar-legar diudara. Disebabkan keadaan ketika itu gelap, mereka
hanya dapat melihat kelibat burung-burung garuda tersebut dengan cahaya yang datang dari mesingun pengganas komunis. Terdengarlah jerit pekik dan lolongan dari arah hutan belukar tersebut.

Pada keesokan hari, setelah suasana kembali aman, kumpulan renjer ini mula memberanikan diri untuk melihat apa yang telah berlaku di kawasan tersebut. Alangkah
terkejutnya mereka, apabila melihat mayat-mayat anggota komunis bergelimpangan merata-rata, penuh dengan cakaran pada badan mereka. Ada sesetengah mereka mengelupas kulit dan terburai isi perutnya seolah-olah dirobek dan dimakan sesuatu. Berikutan kejadian yang berlaku ini, ia telah memantapkan lagi iman hamba Allah ini sehinggalah
Doa Haikal ini menjadi amalan tetap ke akhir hayatnya. 

Kisah Kedua - Sekitar tahun 1995

Hamba Allah ini telah meninggal dunia pada malam Jumaat dan sempat disembahyangkan selepas solat Jumaat. Yang menjadi keanehan pada hari Jumaat itu ialah, jumlah orang yang menyembahyangkannya itu terlampau ramai, seolah-olah hari itu ialah hari raya, dan seolah-olah hari Jumaat itu ialah cuti umum di mana para makmum tidak bergegas-gegas keluar dari masjid. Jadi ini mungkin petanda yang ditunjukkan Allah s.w.t bagi mereka yang mempercayai dan mengamalkan Doa Haikal ini.

Secara ringkasnya, Doa Haikal ini memang mempunyai khasiat yang amat besar. Terpulanglah bagi kita untuk mempercayainya. Bagi sesetengah golongan yang berfahaman Wahabi, sudah tentu mereka akan mengejek dan mencaci hina amalan ini. Sudah tentu juga mereka tidak akan segan silu mengecap sesiapa yang mengamalkannya sebagai
‘sesat’ dan ‘kafir’. Bagi saya, biarlah kerana tabiat itu memang sudah menjadi darah dan daging mereka. Jawapan ringkas saya kepada mereka, ‘Islam itu bukan sekadar seluas ilmu fiqh & ilmu hadis mereka, bahkan melampaui tujuh petala langit dan tujuh petala bumi'. Bagi saya, biarlah mereka dengan kebongkakan ilmu mereka itu, biarlah Si Luncai dengan labu-labunya. Sekian.

Other articles related to Doa Haikal with images of Doa 1 - Doa 7 :
http://alqurandanhadith.blogspot.com/2007/09/doa-haikal.html

dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim


bismillahirrahmannirrahim..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

terciptanya sebuah blog.
semoga blog ini menjadi tempat perkongsian diri ini kepada semua orang tentang perkara yang baik2 dan perkara yang mengingatkan diri kita kepada yang maha Esa..

:: selamat membaca ::