Monday, July 8, 2013

BESARNYA FADHILAT DOA HAIKAL

this article is copied from : http://kitalah.forumotion.com/islam-f6/besarnye-fadhilat-doa-haikal-t708.htm

Assalamualaikum w.b.t,
Semoga sidang pembaca dirahmati Allah s.w.t. Tentu saudara sidang pembaca pernah mendengar sebuah doa yang dikenali dengan nama Doa Haikal. Doa Haikal itu sebenarnya sejenis doa yang menggabungkan beberapa ayat-ayat daripada Al-Quran seperti di bawah;

Haikal Pertama : Ayatul Kursi
Haikal Kedua : Ali Imraan Ayat 35 dan Al Israa' Ayat 77-80
Haikal Ketiga : Al Baqarah Ayat 285 - 286
Haikal keempat : Al Israa Ayat 81-85
Haikal kelima : Al Fath Ayat 27
Haikal keenam : Al Jin Ayat 1-4
Haikal ketujuh : Al Kalam Ayat 51-52

Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran itu dimulakan dengan frasa: U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil
'azhim yang bermaksud 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Mahabesar. Mengikut versi yang saya pelajari, ada penambahan dua doa haikal lagi sehingga menjadikannya 9 kesemuanya. 

Penambahan itu ialah; Haikal Kelapan : Surah Al-Falaq
Haikal Kesembilan: Surah An-Nas

Kedua-dua tambahan surah ini juga dimulakan dengan frasa : 
"U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim" selepas membaca Bismillah.

Doa Haikal ini merupakan sebuah doa yang amat ampuh sekali untuk kita amalkan kerana khasiatnya amat banyak. Bagi sesetengah individu mungkin merasa berat untuk menerima faedah dan khasiatnya yang dilihat terlampau banyak. Faktor ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan orang ramai untuk menerimanya. 

Ingin saya katakan di sini bahawa khasiat Doa Haikal yang begitu besar itu, pada pandangan kita memanglah besar, tetapi pada Allah s.w.t ia terlalu kecil sekali. Bukankah Allah s.w.t itu Maha Besar, tidak berkurang sedikitpun dari khazanah kekayaan-Nya jika diberikan khasiat itu kepada kita semua? Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Kaya lagi Maha Pemurah. IA berkenan untuk menganugerahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Jika Allah s.w.t boleh menjadikan ciptaan-Nya yang jauh lebih hebat seperti langit yang luas serta bertingkat-tingkat itu, inikan memberi
faedah dan khasiatnya yang jauh lebih kecil berbanding dengan ciptaan-ciptaanNya yang lain.

Memandangkan Doa Haikal ini amat besar fadhilatnya, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan sedikit pengalaman sebenar hamba Allah yang pernah mengamalkan Doa Haikal ini.

Kisah Pertama - Berlaku dalam sekitar tahun 70-an.


Seorang hamba Allah ini bekerja sebagai seorang Renjer di sebuah hutan tebal. Pada ketika itu, bekerja sebagai Renjer merupakan satu pekerjaan yang amat berbahaya kerana terpaksa berdepan dengan pengganas Komunis.

Pada suatu ketika, kem berkawal tempat hamba Allah ini bertugas telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Ketika itu jumlah renjer yang bertugas tidak ramai, jadi mereka dalam keadaan yang tersepit dan diasak dengan hebat oleh pengganas Komunis. Disebabkan keadaan yang begitu genting sekali, hamba Allah ini tidak putus-putus membaca Doa Haikal yang memang sudah menjadi amalan hariannya.

Di saat membaca doa tersebut untuk satu tempoh yang tertentu, tiba-tiba dia merasa
hairan kerana melihat pengganas Komunis tidak menembak ke dalam kem mereka, sebaliknya mereka telah menembak ke atas. Kesemua renjer yang bertugas menjadi tercengang melihat tingkah laku pengganas komunis yang menjerit-jerit ketakutan sambil menembak ke langit.

Sambil membaca Doa Haikal dalam keadaan terpinga-pinga, hamba Allah ini mendengar satu bunyi yang kuat terjatuh di atas bumbung kem yang terletak berhampiran dengannya. Alangkah terkejut dilihatnya, rupa-rupanya bunyi jatuh yang kuat itu datang dari seekor burung yang amat besar seakan-akan burung Garuda. Tatkala melihat burung garuda itu, hamba Allah ini terketar-ketar tidak dapat bergerak. Namun, yang anehnya, burung garuda itu tidakpun menyerangnya, sebaliknya burung garuda itu hanya merenung ke arahnya seolah-olah memberi isyarat bahawa tidak perlu takut
dengannya. Selepas beberapa saat selepas itu, burung garuda itu pun terus terbang meluru ke arah hutan tempat pengganas Komunis itu membuat serangan. Menurut hamba Allah ini lagi, burung garuda itu bukannya seekor, tetapi ada beberapa ekor yang lain lagi yang turut berlegar-legar diudara. Disebabkan keadaan ketika itu gelap, mereka
hanya dapat melihat kelibat burung-burung garuda tersebut dengan cahaya yang datang dari mesingun pengganas komunis. Terdengarlah jerit pekik dan lolongan dari arah hutan belukar tersebut.

Pada keesokan hari, setelah suasana kembali aman, kumpulan renjer ini mula memberanikan diri untuk melihat apa yang telah berlaku di kawasan tersebut. Alangkah
terkejutnya mereka, apabila melihat mayat-mayat anggota komunis bergelimpangan merata-rata, penuh dengan cakaran pada badan mereka. Ada sesetengah mereka mengelupas kulit dan terburai isi perutnya seolah-olah dirobek dan dimakan sesuatu. Berikutan kejadian yang berlaku ini, ia telah memantapkan lagi iman hamba Allah ini sehinggalah
Doa Haikal ini menjadi amalan tetap ke akhir hayatnya. 

Kisah Kedua - Sekitar tahun 1995

Hamba Allah ini telah meninggal dunia pada malam Jumaat dan sempat disembahyangkan selepas solat Jumaat. Yang menjadi keanehan pada hari Jumaat itu ialah, jumlah orang yang menyembahyangkannya itu terlampau ramai, seolah-olah hari itu ialah hari raya, dan seolah-olah hari Jumaat itu ialah cuti umum di mana para makmum tidak bergegas-gegas keluar dari masjid. Jadi ini mungkin petanda yang ditunjukkan Allah s.w.t bagi mereka yang mempercayai dan mengamalkan Doa Haikal ini.

Secara ringkasnya, Doa Haikal ini memang mempunyai khasiat yang amat besar. Terpulanglah bagi kita untuk mempercayainya. Bagi sesetengah golongan yang berfahaman Wahabi, sudah tentu mereka akan mengejek dan mencaci hina amalan ini. Sudah tentu juga mereka tidak akan segan silu mengecap sesiapa yang mengamalkannya sebagai
‘sesat’ dan ‘kafir’. Bagi saya, biarlah kerana tabiat itu memang sudah menjadi darah dan daging mereka. Jawapan ringkas saya kepada mereka, ‘Islam itu bukan sekadar seluas ilmu fiqh & ilmu hadis mereka, bahkan melampaui tujuh petala langit dan tujuh petala bumi'. Bagi saya, biarlah mereka dengan kebongkakan ilmu mereka itu, biarlah Si Luncai dengan labu-labunya. Sekian.

Other articles related to Doa Haikal with images of Doa 1 - Doa 7 :
http://alqurandanhadith.blogspot.com/2007/09/doa-haikal.html

13 comments:

  1. jangan risau kata kata haq Allah SWT itu benar malah sudah beribu tahun biarlah apa mereka wahabi nak kata cuma perkemaskan barisan kita agar fahaman wahabi ini tidak bercambah ayat ayat ini wujud sebelum moyang moyang mereka lahir ke dunia tidak ada sebaris pun yang berubah bukanlah nenek moyang mereka yang menjaga dan memelihara malah Allah jua lah wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Rabbi..
      Subhanallah, Allah Jaljalaalah

      Delete
    2. Sy bersetuju.amaalan agama umat melayu harus dipertanggungjawabkan dan dipertahankan UTK akhir zaman'

      Delete
  2. Setuju..
    2016 abah amalkan doa haikal masa hidupnya.. Allahuakbr detik 6hb 6 2016 (1Ramadahan)
    Abah pergi mengadap ilahi dlm keadaan husnulkhotimah.. Meninggal waktu solat subuh dlm keadaan berpuasa.. Cukup sng..dimandikan dgn keadaan tiada najis..berpuasalah arwah hingga ke akhirat..menguruskan jenazahnya dlm waktu yg singkat... dan itulah dia kelebihan doa haikal yg sy nmpak... Semoga arwah dibawah lindunganNya.. Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. Saya menerima amalan ini ketika menuntut silat gayung tujuh. Guru saya memberitahu bahawa beliau menerima amalan Haikal 7 ini daripada cikgu jantan anak kepada Dato'Bahaman pahlawan Pahang yang mahsyur. Cikgu Jantan satu ketika dulu pernah diuji oleh kumpulan samseng Siam ketika memasuki Thailand. Cikgu Jantan ditikam, dipukul,dibakar dan dilemaskan dalam air. Alhamdulillah tidak menjadi mudarat kepada beliau. Ketika beliau masih hidup, beberapa orang cuba mencungkil rahsia berlakunya perkara tersebut. Cikgu Jantan menjawab amalannya ialah doa Haikal. Ketika saya mempelajari sejenis silat Tok Kenali. Tuan Guru saya Al-marhum Ustaz Mat Janggut turut mengijazahkannya kepada murid-muridnya, serta mengingatkan kepada murid-muridnya memastikan sebarang amalan berbentuk kerohanian mestilah mempunyai Sanad salasilah yang jelas sekurang-kurangnya sampai kepada ulama yang muktabar serta mempunyai guru yang mursyid.

    ReplyDelete
  4. Doa haikal tu ayat Quran . Itu rahsia wali2 songo dan ulama2 nusantara menentang penjajah. Wahabi satu amalan menghapus kan amalan rohani supaya tidk ada lg hubungan umat islam dengan Allah. Cuma sekadar jasad yg mengerjakan tapi hati yg terikat.

    ReplyDelete
  5. Saya mengamalkan dos haikal.setelah satu fasa ujian hidup Allah bg amalan ni. Alhamdulillah. Hidup jadi mudah dan lapang. Semua ayat Quran. Saya amal bersama ayat 5 ayat7 Dan ayat 15

    ReplyDelete
  6. Amal apa yg kamu tahu nescaya kamu akan tahu apa yg kamu tidak tahu ,pesan guru
    Apa pun ayat quran boleh diamalkan dgn ikhlas, jgn amal kerana nk kebal dan sebagainya, apa pun yg berlaku itu anugerah Allah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Baru jumpa fadilah Ayat doa2 Haykal. Di blog sini. Besar keajaibannya/fadhilatnya. Saya analkan sejak 1980an waktu di sekolah menengah lagi.

    ReplyDelete
  8. SYUKUR ALHAMDULILLAH
    Niatkan amalan membacanya sebagai wirid zikir tanpa mengharapkan sesuatu selain dari redho Allah. Tidak mungkin berdosa jika kita membaca ayat suci Allah tapi hendaklah ikhlas keranaNya . Jangan jumudkan agama Islam dengan fahaman Syiah atau Wahabi.

    ReplyDelete
  9. https://youtu.be/oIMwDj8Kh3Y silalah singgah ke channel youtube ini,sekadar ingin memudahkan bacaan tanpa perlu membawa majmu sharif ke sana sini, alhamdulillah terjumpa fadhilatnya di sini, semoga kita bersama-sama sentiasa memperbaiki diri.

    ReplyDelete